Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan 2019

30 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

29 Jun 2019, telah berlansung Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital Kota Pekan pada 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan sekali dalam setahun. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Mewarna , Education Games (4 permainan online) , Info dan Kuiz KDB dan Musang Berjanggut. Selain itu, pendaftaran percuma turut dibuka untuk semua pengunjung pada hari tersebut. Cabutan bertuah turut disediakan.

Program ini dijalankan dengan kolaborasi bersama Pejabat Penyelaras DUN Kota, Tabika KEMAS Kota Pekan, Tabika KEMAS Kendong dan Perpustakaan Desa Sri Kendong. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Penyelaras DUN Kota, Tn Sahrizal bin Masrudin dan Setiausaha MPKK Kota Pekan, Encik Azmi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali